Senarai anggota keselamatan terkorban di Lahad Datu dan Semporna

KUALA LUMPUR: Berikut senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah:

1 Mac 2013 – ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69

1 Mac 2013 – Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69

2 Mac 2013 – ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.

2 Mac 2013 – ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

2 Mac 2013 – Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 – L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 – Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

2 Mac 2013 – Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

12 Mac 2013 – Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.